Kami mengoperasikan feri cepat dari Terminal Feri Antarabangsa Kukup Johor Malaysia ke Tanjung Balai Karimun dan Selatpanjang Indonesia. Nikmati perjalanan anda dalam keselesaan ruangan berhawa dingin, anda akan kagum dengan pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalanan yang melintasi Selat Malaka. Kami adalah satu-satunya feri dari Malaysia yang mengambil jarak paling dekat ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia yang menghabiskan masa dalam 50 minit dan 2 jam 45 Menit untuk tujuan ke Selatpanjang, Indonesia!
Feri kami adalah feri berkecepatan tinggi yang paling canggih dengan bertekhnologi tinggi. Layanan Feri kami memberikan harga ekonomi dengan perkhidmatan kelas perniagaan dengan ruang kaki yang longgar, tempat duduk yang selesa, ruang bagasi yang khusus dan anda ditawarkan dengan layanan channel TV dan hiburan selama dalam perjalanan. Sama ada anda berpergian melancong untuk urusan perniagaan atau percutian, BFERRY adalah pilihan terbaik anda untuk anda dan keluarga .
Perkhidmatan feri cepat kami membolehkan anda menjimatkan banyak masa. Hanya menempuh perjalanan 50 minit dari Terminal Feri Antabangsa Kukup Malaysia ke Tanjung Balai Karimun ataupun sebaliknya. Dan tujuan Selatpanjang menempuh perjalanan 2 jam 45 minit. Perjalanan feri kami bermula dari awal pagi pada pukul 08.00 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada jam 5.30 petang. Anda boleh mengambil perjalanan pulang di hari yang sama. Tanjung Balai Karimun merupakan pulau yang letaknya strategik yang menghubungkan beberapa pulau lain di Indonesia seperti Batam, Tanjung Batu, Selat Panjang, Bengkalis dan Dumai.
Kukup adalah sebahagian daripada wilayah Johor Malaysia yang terletak di hujung benua Asia. Dari pelabuhan Kukup anda akan dapat meneruskan perjalanan anda ke bahagian lain di Malaysia yang telah disambungkan menggunakan pengangkutan darat yang mudah.
Powered by WhatsApp Chat